Lipur Kancing

Posted: February 21, 2010 in Uncategorized

Lama tul tak lepak dalam utan… tah mana datang idea dorang2 ni plan nak pegi baka ayam tepi sungai… aku selaku orang bz dalam dunia tanpa pikir panjang lebar terus stuju je… nak2 plak aku ni memang hantu ayam! (ini bukan kisah seram… walaupun ada perkataan hantu di situ).

Malam seblom majlis kebesaran ni berlaku kami telah memborong dua ekol ayam yang dah mati serta alat2 rencah bagi mengenakkan lagi rasa mende ayam tu!

Aku plak ditugaskan beli pinggan dan cawan gabus.. erk! penyu suka telan bende berteraskan gabus ni!! so jangan sekali2 bagi dak penyu tu makan gabus!! kompom tecekik dan mati akhirnya itu penyu! dengan harga tak sampai sepoloh hengget aku bejaya beli 25 bijik cawan dan 100 keping pinggan… mak aii.. yang nak pegi 5 human being je.. sampai banyak tu plak pinggan dan cawan yg di beli.. rupanya dah memang itu minimum yg boleh dibeli.. tak boleh beli kurang lagi walaupun aku menawarkan bayaran yg lebih! heran2… akhirnya pinggan yang lagi 95 keping tu dijadikan kipas untuk mengipas bara dalam upecara menyiksa ayam dlm hutan… cerdik jugak kami berlima ni!

Banyak jugak lah aktiviti kami dalam hutan tu.. antaranya… makan peha ayam… makan kepak ayam… makan kaki ayam.. makan dada ayam dan makan ayam… jadinye ekspedisi kami kali ni kira berjaya lah jugak!!

Kami juga adakan acara menyelam sapa paling lama… acara ni yang terlibat cuma tiga orang.. yaitu aku lepas tu menber aku dan member aku… yg menang member aku! mana tak nye lepas 2 kali pertandingan berlansung.. aku kekal di tempat ke tiga! manjang aku yg bangun dulu! huh! power betul member aku ngan member aku tu! bila tonton balik dalam video yang dirakam oleh Dak Ayu (dia ni bukan member aku.. ni orang ghumah aku) rupanya salah sorang dari peserta adalah seorang pentipu! orang nyelam dia tak… bila aku bangun baru dia nyelam!! cis hampeh!!!

Tapi memang sronok lah ceritanye!! kalu korang takde keje nak buat gi lah ke Hutan Lipur Kancing ni.. jalan nak pegi Rawang sana… hala nak gi rumah Jalal.. kalau korang tak tau nak pegi sila tanya Jalal…

Oklah.. aku dh bosan menaip ni.. berikut beberapa keping gambo utk tatapan korang…

Pix Info : Hutan Lipur Kancing, EOS 50D, 28mm, F/5.6, 1/85, ISO 500

Pengunjung dari mana tah tengah memburu ikan.

Pix Info : Hutan Lipur Kancing, EOS 50D, 28mm, F/3.5, 1/85, ISO 500

Pentipu dalam acara nyelam paling lama tengah baca iklan Dr Rozmi

Pix Info : Hutan Lipur Kancing, EOS 50D, 17mm, F/8, 1/125, ISO 500

Brader Rider ni tengah posing ala2 Kak Ziana Zain

Pix Info : Hutan Lipur Kancing, EOS 50D, 17mm, F/10, 1/100, ISO 640

Puan Raha buat2 temenung tapi menungan yang ceria! ada kaa gitu!

~adios~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s