TERMA & SYARAT
SETIAP PELANGGAN WAJIB BACA NI TAU!!
* TEMPAHAN
Tempahan hendaklah dibuat seawal yang mungkin, bagi mengelakkan tugasan yang bertindih mindih kalau boleh lapan tahun awal lagi baguih~
* KAEDAH PEMBAYARAN
Secara tunai (sama cam mas kawen jugak)
20% – Booking
60% – Sebelom event
20% - Bila dah dapat semua printed items
Nota buku lali :
Jika pihak pelanggan tetiba batalkan tempahan tanpa rasa bersalah tidak akan ada refund bagi booking fee. Tapi kalau anda terpaksa ubah tarikh sila bagi tau kami awal2 agar dapat adjust balik time table..
Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan.. kalau harga tepung naik… mungkin harga kami maintain lagi…
* PENYERAHAN
Semua barang mengikut pakej yang dispersetujui akan diserahkan kepada anda atau wakil dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas majlis
Penyerahan akan dibuat terus ke rumah atau di kedai mamak, ikut perbincangan (one, two, juss.. akan di buat bagi menentukan sapa yang kana belanja minum)
* HAK X-KLUSIF
Pihak pOtOpOyO adalah pemilik hakiki ke atas semua gambar dan berhak menggunakannya bagi tujuan promosi dalam segala bentuk media.




